Korban - Qurban MAPIM 2025
-v1.png)
Qurban MAPIM 2025
“Kenapa Allah wujudkan syariat Korban ni?"
"Apa yang bezanya bila sembelih haiwan pada hari raya Aidil Adha dengan sembelih hari-hari biasa?” bisik Yani dalam hati.
Anda mula nampak iklan korban dan pernah tertanya soalan ini?
Nampak cliche tapi anda teringin nak tahu apa kepentingan syariat Korban bukan?
Seperti jualan bonanza dalam tempoh yang sangat terhad, begitu jugalah istimewanya ibadah Korban.
Ganjaran bonanza yang dikurniakan hanya untuk sesiapa yang membuat ibadah Qurban dalam tempoh 4 hari (10 - 13 Zulhijjah) dari 365 hari. Sebabnya apa?
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493)]
Percayalah bahawa penyembelihan haiwan Qurbanlah perbelanjaan yang paling menguntungkan dalam menyambut hari raya Aidil Adha setiap tahun berbanding hidangan raya, baju raya dan segala perbelanjaan raya yang lain.
Anda cuba bayangkan:
Betapa gembiranya apabila setiap kali menyambut raya Aidil Adha diiringi dengan dikurniakan segala macam kebaikan yang Allah berikan kepada anda, atas kerana melaksanakan ibadah Korban ini;
- Allah angkat darjat anda sebagai orang yang dijamin mendapat keredhaanNya
“Daging daging korban dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keridhaan Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.” (Surah Al-Hajj:37) - Allah mengampunkan dosa-dosa anda yang lalu
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.” [Hadis riwayat al-Hakim] - Allah berikan anda haiwan tunggangan di kala orang lain berjalan kaki di atas titian Sirat
Tuhfah al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (5/61): Setiap daripada anggota itu terdapat padanya ganjaran (pahala) dan ia juga akan menjadi tunggangan orang yang berkorban itu ketika melintasi titian sirat. - Allah gandakan ganjaran dengan nilai setiap tanduk, titisan darah dan bulu haiwan yang dikorbankan dan disedekahkan.
Para sahabat Rasulullah S.A.W. bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada Qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim”
Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?"
Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan”
Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?”
Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Allahuakbar sungguh BESARNYA nilai Qurban di sisi Allah.
RUGINYA jika ada hambaNya yang tidak mahu ketika dia mampu. Apatah lagi apabila daging itu sampai ke tangan asnaf fakir dan miskin, pelarian akibat ditindas dan mangsa krisis kebuluran di lebih 10 buah negara!
Mahukah anda? Ayuh besarkan jiwa, jangan disimpan niat yang terlintas itu, bertindaklah sekarang!
Hanya dengan nilai bayaran dari serendah RM390,
dalam masa 3 minit anda mampu memastikan niat anda untuk beribadah Qurban sebelum ini bukan lagi angan-angan dengan menyertai Ibadah Qurban bersama MAPIM Malaysia!
7 Sebab Kenapa Ramai Pilih Laksana Qurban Bersama MAPIM Malaysia
1
Keutamaan Qurban untuk Asnaf dalam Malaysia
MAPIM Malaysia sentiasa mengutamakan santuni masyarakat dalam negara menerusi ibadah Qurban & pengagihan sistematik untuk golongan Asnaf di dalam Malaysia.
2
Cenderahati istimewa sebagai tanda penghargaan
Cenderahati isterimawa akan diberikan kepada semua peserta korban bersama MAPIM Malaysia.
3
e-Sijil Penyertaan Qurban akan diberikan kepada peserta
Sijil penyertaan juga akan diberikan kepada semua peserta.
4
Pengalaman Qurban 10 tahun di 40 negara
MAPIM mempunyai pengalaman misi kemanusiaan dan menjalankan ibadah korban dengan rakan kongsi di 40 buah negara sepanjang penubuhan.
5
Rakan Kerjasama Agensi Wakaf Kerajaan Turki untuk Tahun Ke-10
Agensi wakaf Turki mempercayai dengan prestasi MAPIM membantu ummah di Syria dan telah menjalinkan kerjasama rapat kini tahun yang ke-9 untuk ibadah Qurban dalam negara.
6
Video Ibadah Qurban Eksklusif
Setiap peserta akan menerima video perlaksanaan ibadah Qurban secara eksklusif menerusi email (petugas MAPIM lapangan membaca nama peserta & sembelihan Qurban dilakukan). Ya! bukan secara umum tapi kesemua peserta akan menerima video satu-persatu sembelihan mengikut nama.
7
Diiktiraf Kerajaan Malaysia dalam aktiviti kemanusiaan dalam & luar negara
MAPIM mendapat pengiktirafan dan kerjasama baik daripada pelbagai Agensi, Kerajaan dan pihak Swasta serta pertubuhan dalam Malaysia dalam melakukan aktiviti kemanusiaan dalam & luar negara.
MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA
(MAPIM MALAYSIA)
Wisma MAPIM Malaysia (Ibu Pejabat)
No 25 (2nd Floor) Wisma MAPIM Malaysia,
Jalan Puteri 3/2A, 43000 Kajang.
Selangor
Talian Hotline : 1300-888-038
Whatapps : 012-800-2016
Email : admin@mapim.org
Web utama : www.mapim.org
Web ibadah Qurban : www.ibadahqurban.com